Khamis, 28 November 2013

JADUAL PEMAKANAN Cara Pengambilan Vitamin Secara Umum

JADUAL PEMAKANAN 

Cara Pengambilan Vitamin Secara Umum





VITAMIN LARUT AIR (B-Complex & Vitamin-C):

Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamin C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.

--------------------------

VITAMIN LARUT LEMAK (Vitamin A, D, E, K):

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.

Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.

Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsium untuk meningkatkan kekuatan tulang.

Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.

Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.

Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .
                                                             
Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.

Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.

--------------------------

JADUAL PEMAKANAN:

(1) Basically ambil semua vitamin SELEPAS MAKAN. Zinc Complex saja diambil sebelum makan.

(2) Vitamin pengemulsi lemak seperti OmegaGuard dan Lecithin lebih baik di ambil di waktu sang kerana ia akan buat kita rasa sangat haus, dan perlu banyak minum air & makan buah (jika ada). Jadi, digalakkan ambil Omega & Lecithin di waktu siang, selepas breakfast atau lunch.

(3) Rule of thumb, INGAT gabungan vitamin yang baik & yang tidak serasi di bawah ini!

Gabungan yang baik:
- Vita-Lea & Vita-C, kerana Vita-C bantu penyerapan Iron di dalam Vita-Lea.
- Zinc Complex & OsteMatrix, kerana kalsium bantu penyerapan Zinc.
- Zinc & Alfalfa, kerana di dalam Alfalfa ada Mangan.

Gabungan yang TIDAK serasi:
- Vita-Lea & OsteMatrix, kerana kalsium ganggu penyerapan Iron di dalam Vita-Lea.
- Vita-Lea & Zinc, kerana Zinc juga ganggu penyerapan Iron di dalam Vita-Lea.
- Vita-E & Alfalfa, kerana mereka ganggu penyerapan each other.

(4) PENTING - Individu yang tak boleh ambil vitamin tertentu:

- Penghidap SLE tak boleh ambil produk berasaskan Alfalfa. Jadi, SLE tak boleh ambil Alfalfa Complex, Vita-Lea & Zinc Complex.
- Penghidap Thalassemia tak boleh ambil produk dengan kandungan Iron yang tinggi, jadi tak boleh ambil Vita-Lea.
Ibu hamil & menyusu tidak boleh ambil Vivix, kerana Vivix kacau (repair) sel DNA.

(5) Untuk beri konsultasi kepada customers, jika anda ragu2, ambil pen & kertas, jot down semua vitamin yg customer plan nak ambil, dan susun atur mengikut syarat2 & rules yg dinyatakan di atas ini. Tak perlu rigid sangat, atau stick dgn jadual tertentu! Be flexible, vitamin BUKAN ubat! Tiada cara yg betul atau salah dalam pengambilan vitamin, selagi rule no. 3 dan no. 4 di atas, di patuhu!

PENTING:
Jangan lupa untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk mengoptimumkan lagi penyerapan vitamin yang anda ambil!

( Penghargaan kepada :http://www.genkimomma.net/2011/09/cara-pengambilan-vitamin-yang-berkesan.html )


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pertanyaan :
Hubungi kami di vitaminsayang@gmail.com atau TELEFON 019 930 8157 
( Siti ) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE Facebook SayangHealthCare untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...